Viral

Model Muslimah Halima Aden Dikritik Tulis 'Alhamdulillah' Menjadi 'Alxamdulillah'

Amri Hassan
24/11/2020
12:25 MYT
Sponsor Banner
Model Muslimah Halima Aden Dikritik Tulis 'Alhamdulillah' Menjadi 'Alxamdulillah'
Model muslimah antarabangsa Halima Aden dikritik netizen apabila menulis perkataan 'Alhamdulillah' kepada 'Alxamdulillah' di kapsyen akaun Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi kemas kini akaun media sosialnya itu, Halima mengajak pengikutnya untuk mensyukuri nikmat Tuhan demi mengecap nikmat kebahagiaan.
"Kegembiraan datang dari rasa bersyukur dan menghargai perkara serta individu dalam hidup kamu. Refleksi situasi anda sentiasa, tidak semua yang baik datang kepada kita selalu. Ucaplah Alxamdulillah," tulisnya.
Bagaimanapun, tulisannya itu mencetuskan perdebatan ramai dan ada yang menganggap Halima tidak sensitif dengan mengeja perkataan Alhamdulillah kepada Alxamdulillah.
Bagaimanapun, ada yang tampil membela Halima dan menyatakan bahawa cara penulisan dan sebutan Alhamdulillah berbeza-beza di setiap tempat.
Menjelaskan perkara terbabit, kata Halima ejaan itu merujuk kepada cara penduduk di negaranya, Somalia yang menggunakan huruf H menyamai makna dengan huruf X.
"Tidak, saya memang maksudkan Alxamdulillah kerana saya Somalia bukan Arab.
"X bermakna H di Somalia dan Islam agama yang universal. Ada antara kalian yang tidak bersedia untuk berdebat mengenai perkara ini," tulis Halima di Instagram Storiesnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar