Terkini

Modifikasi: Yamaha NVX Dengan Komponen Kasta Kayangan Di Ho Chi Minh, Vietnam

Erywan
11/03/2021
03:58 MYT
Sponsor Banner
Modifikasi: Yamaha NVX Dengan Komponen Kasta Kayangan Di Ho Chi Minh, Vietnam
Di Vietnam, NVX adalah skuter utama dalam kumpulan Yamaha kerana rekaannya yang agresif, ciri peralatan moden seperti paparan digital dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS).
Yamaha NVX di Ho Chi Minh ini menerima sentuhan kustom versi kayangan. Grafik badan jentera ini pula hasil inspirasi dari helmet AGV Pista Misano (2015) milik Valentino Rossi.
Walaupun NVX sudah dilengkapi dengan skrin digital, ia digantikan dengan paparan digital warna Koso RXF yang memaparkan suhu luar, jarak dan waktu tambahan pecutan. Bahagian bar hendal menggunakan material gentian karbon kemudian dipadankan dengan tuil gear Brembo. Bagi meningkatkan imej unik, brek tangan asal dengan karbon monolitik.
Di samping itu, ciri peralatan lain termasuklah punat Domino, pelindung tangan brek Bonamici dan tangki minyak AEM. Turut tersedia sistem bantuan kuasa tengah Ohlins TTX yang diletakkan di bawah bar hendal.
Sementara, ia menggunakan rim G-Pro CNC dengan shock absorber terbalik MSP boleh laras. Kecekapan menghentikan skuter itu diserahkan kepada brek kaliper Brembo Moto3 dan brek cakera Braketech bersaiz 245mm di depan. Belakangnya pula menggunakan kaliper brek Brembo HRC dan brek cakera Braketech berdiameter 245mm.
Sistem shock absorber MT35R K-Tech (belakang) itu sahaja bernilai lebih daripada VND 30 juta (RM5,361) yang mana menawarkan pelarasan secara hidraulik.
Swingarm digantikan dengan jenis CNC monolitik dan akhir sekali ekzos Yoshimura mengunakan material titanium dan bahagian hujungnya dari jenis karbon. Kebanyakan badan pada NVX ini menggunakan material gentian karbon dengan skru titanium. Memang kayangan habis aksesori NVX ini.
Sumber: zingnews.vn
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar