Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Moga Puteri Sarah Bertemu Jodoh Yang Dapat Bahagiakannya & Anak-Anak" - Yusof Haslam

Gempak 27/12/2023 | 01:50 MYT
Penerbit filem dan drama Datuk Yusof Haslam, 69, hanya mendoakan yang terbaik dan tidak mahu masuk campur dalam urusan pilihan jodoh baru menantu disayanginya, Puteri Sarah Liyana, 38.

BERITA TRENDING: Ada Yang Minta Ulas Isu Bermadu, Ini Jawapan Puteri Sarah - “Jangan Dengar Hasutan Orang, Buat…

Yusof berkata, sebagai bapa, apa yang diharapkannya agar Puteri Sarah bertemu jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dirinya serta anak-anak dan biarlah takdir menentukan segalanya untuk mereka.
"Soal siapa jodohnya (Puteri Sarah), biarlah dia yang buat pilihan. Kami tidak mahu campur dalam hal ini.
"Cuma, kami mendoakan yang terbaik. Semoga Puteri Sarah mendapat jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dia dan anak-anaknya.
"Biarlah takdir yang menentukan segalanya dan mendapat keberkatan Allah SWT. Hanya kami sentiasa berdoa yang terbaik," katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

PILIHAN PEMBACA: “Papa, Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami” - Puteri Sarah Kongsi Mesej Daripada Yusof…

Terdahulu, hubungan Yusof dan isterinya, Datin Patimah Ismail serta keluarga tetap rapat dengan Puteri Sarah walaupun pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu sudah bercerai dengan pengarah filem, Syamsul Yusof, 39, pada 14 Jun lalu.
Bagaimanapun, tular di media sosial baru-baru ini berhubung satu hantaran video membabitkan Puteri Sarah dan rakan perniagaannya dari Indonesia, Andi Arsyil, 36, ketika mereka bersiaran langsung bersama.
Menerusi video itu diperlihatkan ibu kepada dua anak berkenaan sedang menangis apabila terdapat segelintir netizen masih menghinanya sehingga Andi meminta Puteri Sarah agar memaafkan mereka untuk lebih tenang.
Namun, dalam kenyataan Puteri Sarah sebagaimana dilaporkan Harian Metro memberitahu dia hanya berpaling ke arah Andi dan sama sekali tidak meletakkan kepalanya di bahu lelaki itu seperti didakwa netizen.
"Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika siaran langsung (TikTok).
"Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka. Termasuk, ada juga yang sengaja meninggalkan komen jahat ketika siaran langsung saya bersama Andi itu," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Syamsul Ada Wanita Lain? Puteri Sarah Tak Masuk Campur - "Saya Pun Terkejut... Banjir…

Sumber: Harian Metro
#Viral #Anak #Syamsul Yusof #Indonesia #Puteri Sarah Liyana #Yusof Haslam #Jodoh #Andi Arsyil
;