Hiburan

Mohon Berhenti Buat Andaian, Tiada Rujuk Antara Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad - “Jangan Jadi Netizen Yang Bodoh…”

Asyikin Mayudin
10/02/2025
02:25 MYT
Sponsor Banner
Mohon Berhenti Buat Andaian, Tiada Rujuk Antara Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad - “Jangan Jadi Netizen Yang Bodoh…”
Usahawan Noor Nabila tampil memberi teguran kepada segelintir netizen yang gemar meninggalkan komen sehingga menimbulkan fitnah melibatkan hubungannya dengan bekas suami iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Teguran untuk netizen

Menerusi video pendek siaran langsung di IG, Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor menegaskan dia dan Sharnaaz hanya menjalinkan hubungan baik sebagai kawan sahaja.

“Kami ini tiada rujuk, tiada kahwin. Kita kawan. Jangan jadi netizen yang bodoh, jadi netizen yang cerdik.

“Netizen ini sebenarnya nak tengok suami isteri yang bergaduh dan muat naik di sosial media. Yang elok macam kami, macam-macam fitnah,” kongsinya.
Kakak kepada usahawan dan selebriti Neelofa ini tampil memberi penjelasan itu selepas menerima pelbagai komen dan andaian daripada netizen mengenai percutian di French Alps, Perancis bersama keluarga kecilnya.

Berhenti fitnah

Dalam pada itu, usahawan berusia 40 tahun itu turut memohon netizen agar tidak meninggalkan komen yang mendatangkan sebarang fitnah terhadap keluarganya.
Rata-rata netizen memuji Nabila dan Sharnaaz yang masih mengekalkan hubungan baik demi anak selain sentiasa berterus-terang untuk mengelakkan fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad - “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai…”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

Untuk rekod Nabila sebelum ini pernah bernikah dengan Sharnaaz Ahmad pada April 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.
Mereka dikurniakan seornag anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 7 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024