Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

Asyikin Mayudin 20/11/2024 | 01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.

Diana harap dipermudahkan Diana yang tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 9.19 pagi, Rabu berharap prosiding dipermudahkan.
Dalam pada itu, peguam Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata prosiding pada hari ini merupakan pengesahan rujuk dan cerai.

“Hari ini, ada dua permohonan iaitu rujuk dan cerai. Akan teruskan dengan rujuk dulu dan kemudian diikuti cerai.

“Kedua-dua belah pihak perlu hadir ke mahkamah hari ini,” kata Akberdin kepada Gempak.

Farid mohon doa Dalam pada itu, Farid yang hadir ke mahkamah pada 9.35 pagi memakai baju putih dan bersongkok dengan reben putih memohon doa dipermudahkan urusan.

“Saya harap semua dapatkan doa yang terbaik, InsyaAllah,” ujarnya.

Sementara itu, Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.

ARTIKEL BERKAITAN:Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

ARTIKEL BERKAITAN:Terima Apa Saja Keputusan Mahkamah, Diana Danielle Dapat Kekuatan Daripada Allah & Orang Sekeliling - “Saya Hanya Fokus Pada Solat”

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Boleh Hidup Bersama, Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq Punca Diana Danielle Nekad Nak Cerai

ARTIKEL BERKAITAN:Bakar Surat, Diana Danielle Anggap Farid Kamil Zalim Jika Pilih Untuk ‘Drag’ Proses Cerai - “Tindakan Dia Sangat Kejam”

ARTIKEL BERKAITAN:Masih Pujuk Diana Danielle, Farid Kamil Kongsi Surat ‘Cinta’ 12 Tahun Lalu - “Selalu Bahagia Hingga Kita Bersatu Kembali…”

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk malah mendakwa sega janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak pernah tertunai.
Pada 4 November lalu, Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bersama peguam untuk memfailkan perceraian terhadap Farid Kamil.
#Diana Danielle #Farid Kamil #Mahkamah
;