Laman Utama

Mohon Maaf & Ucapan Takziah Pada Pak Hamid, Antara Ciapan Terakhir Adibah Noor

Mya Amri
18/06/2022
15:01 MYT
Sponsor Banner
Mohon Maaf & Ucapan Takziah Pada Pak Hamid, Antara Ciapan Terakhir Adibah Noor
“Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”….. Siapa sangka bait ayat ini merupakan antara perkongsian terakhir penyanyi, Allahyarham Adibah Noor di Twitter baru-baru ini.
Menerusi Twitternya, ucapan itu dipercayai ditujukan buat kenalannya.
"Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yg memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan." coretnya.
Antara ciapan lain arwah juga adalah ucapan takziah buat pelawak lagenda, Allahyarham
Hamid Gurkha, 90, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada 14 Jun lalu.
“Salam takziah utk seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah. Moga roh pak hamid ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya.
Sementara itu, media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah dan doa daripada peminat dan kenalan selebriti.
Terdahulu, industri seni dikejutkan dengan pemergian sebutir permata yang disayangi ramai, Allahyarhamah Adibah Noor.
Arwah sebelum ini pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV8).
Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 6.00 petang Sabtu di Hospital Gleanegles.
Arwah juga tidak memaklumkan tentang keadaannya yang menderita kanser Ovari tahap empat kepada umum.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar