Laman Utama

“Mohon Sesiapa Yang Sanggup…” –Bayi ‘Dibuang’ Di Surau, Ibu Bapa Akui Ada Masalah Ekonomi

Syafiqah Jalal
04/05/2023
07:35 MYT
Sponsor Banner
“Mohon Sesiapa Yang Sanggup…” –Bayi ‘Dibuang’ Di Surau, Ibu Bapa Akui Ada Masalah Ekonomi
Seorang bayi yang ditinggalkan di depan pintu pagar sebuah surau baru-baru ini disertakan nota sampingan bersamanya.
Nota yang dipercayai dari ibu bapanya itu memohon agar ada pihak yang boleh membesarkan anaknya. Menurutnya bayinya terpaksa ditinggalkan kerana mereka menghadapi masalah kewangan.
Nota tersebut bertulis: "Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi.
"Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia. Kami sangat-sangat berterima kasih”
Kisah bayi ini dikongsikan dalam video di akaun TikTok @boboy9077.
Bayi yang ditinggalkan tersebut dilihat lengkap berbaju dan disertakan barangan lain termasuk selimut, tisu basah dan susu.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan dan simpati terhadap bayi berkenaan.
"Mak dan ayah kamu tak buang kamu tapi mereka nak kamu yang lebih baik, sayang. Semoga kamu tetap berbakti pada kedua ibu bapa kamu," komen salah seorang pengguna akaun TikTok.
"ALLAH sahaja yang tahu, mungkin tekanan kehidupan ekonomi yang teruk tapi kita lupa sebenarnya anak kecil inilah yang akan membawa rezeki pada kita," kata salah seorang netizen.
"Kita tak tahu apa lagi dialami oleh ibu bapa bayi itu tapi apa yang saya tengok bayi tu dalam keadaan bersih. Siap ada susu lagi, punca utama faktor ekonomi," luah pengguna laman sosial itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar