UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Berita

"Mommy Dapat Birthday Present Yang..." - Ibu Shaheizy Sam Kongsi Tarikh Lahir Dengan Cucu

Asraf Aided 17/04/2019 | 10:49 MYT
Pelakon Shaheizy Sam meluahkan rasa gembira kerana anak keduanya dilahirkan sama tarikh dengan hari lahir ibu, pelakon senior Khaty Fauziah.
Perkara itu dikongsi Sam menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Happy birthday Mommy, Mommy dapat birthday present yang tiada dijual lah hari ini.
"Mommy and baby girl share the same birthday, lepas ni kena beli dua hadiah, masak aku," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga.

Happy Birthday Mommy @khatyfauziah . Mommy dapat birthday present yang takda jual la hari ni!!! Mommy and #BabyGirl share the same birthday ?❤️ Lepas ni kena beli 2 present. MASAK AKU ??‍♂️? #SS #KPJAmpangPuteri

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016, mereka menyambut kehadiran anak pertama mereka Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
#Shaheizy Sam
;