Berita

Monoloque Dedah Sejarah Pembikinan Lagu Kekanda Adinda

Elrafaei Sapi
10/12/2018
09:20 MYT
Sponsor Banner
Monoloque Dedah Sejarah Pembikinan Lagu Kekanda Adinda
Rupanya sudah 10 tahun lagu popular, Kekanda Adinda nyanyian duet Monoloque bersama Atilia dimainkan di radio tapi baru sekarang Monoloque mendedahkan sejarah di sebalik pembikinan lagu tersebut.
Ujarnya, lagu itu pada asalnya menggunakan 'note' yang berbeza daripada apa yang peminat dengar.
"Sebenarnya, lagu Kekanda Adinda ini ditulis pada asalnya dengan menggunakan ‘note’ yang agak berlainan tetapi ketika dimainkan, dengan sengajanya ditinggalkan beberapa buah ‘note’ dengan corak 'pentatonik scale'... maka terhasillah lagu Kekanda Adinda yang anda dengarkan sekarang ini!," katanya.
Komen Monoloque menerusi status terkini di Instagramnya, @monoloquerasmi turut menarik perhatian netizen yang merupakan peminat lagu tersebut.
"Lagu ini la yang buat saya minat abang Loq dan sentiasa menunggu karya-karya abang Loq," kata netizen yang dikenali sebagai @alissafarid.
Bagi netizen @syafiqsabrina, lagu tersebut mengimbau kenangan zaman bercinta sehingga mendirinkan rumah tangga.
"Masih pakai 'caller ringtone' lagu ni," kata @halimramzani.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @monoloquerasmi & @atiliaharon
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar