Laman Utama

MONSTA Terus Lakar Nama Di Peringkat Global, Terima Diamond Play Button Pertama & Dua Lagi Bakal Menyusul

Asyikin Mayudin
08/04/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
MONSTA Terus Lakar Nama Di Peringkat Global, Terima Diamond Play Button Pertama & Dua Lagi Bakal Menyusul
Baru sahaja menerima anugerah 'Anime Fan Award' di Tokyo Anime Awards Festival 2023 pada bulan lepas, MONSTA terus melakar nama di peringkat global apabila akaun utamanya MONSTA Channel di YouTube telah dianugerahkan ‘Diamond Play Button untuk pencapaian 10 juta subscribers.
MONSTA yang terkenal sebagai sebuah syarikat animasi terbesar di Asia Tenggara mula bertapak di YouTube pada tahun 2014.
Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak sudah berkongsi berita gembira untuk MONSTA itu di laman sosial Facebooknya.
“Alhamdulillah. Diamond Play Button dari YouTube dah sampai! Terima kasih atas sokongan anda. 10 juta subscribers adalah mustahil tanpa anda semua!” kongsinya.
Bermula dengan hanya tayangan animasi BoBoiBoy, MONSTA Channel kini berkembang menjadi hub animasi terkenal di peringkat global apabila ia turut membawakan siri Monsta Originals seperti Mechamato, Papa Pipi, Fly With Yaya serta animasi terkenal luar negara seperti Pokémon, Beyblade, Molang dan seantaranya.
MONSTA Channel hanyalah satu daripada tiga akaun rangkaian MONSTA Network yang berada di dalam kedudukan Top 10 Most Successful YouTube Channel dalam Malaysia.
Ini menjadikan MONSTA Network sebagai rangkaian channel YouTube terbesar tanah air.
Akaun Animasea dan Mini Monsta milik syarikat MONSTA dijangka bakal menerima ‘Diamond Play Button’ yang sama pada masa hadapan apabila ia mencecah 10 juta subscribers.
Bukan sekadar akaun video biasa, MONSTA Channel turut memperluaskan kegunaan platform tersebut apabila ia digunakan untuk berinteraksi dengan para penonton dan peminat dari seluruh dunia, berkongsi video reaksi, permainan video game, OST asli setiap harta intelek, komik bergerak dan banyak lagi.
MONSTA Channel telah mendapat 100 ribu subscribers pertamanya pada 2 April 2015, diikuti dengan 1 juta subscribers pada 11 Jun 2017 sehingga mencapai 10 juta subscribers pada December 2022 tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar