Laman Utama

Mufti Sokong Kelab Komedi Ditutup, Tindakan Segera Perlu Diambil

Gempak
15/07/2022
03:30 MYT
Sponsor Banner
Mufti Sokong Kelab Komedi Ditutup, Tindakan Segera Perlu Diambil
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyokong agar Restoran Crack House Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ditutup kerana dilihat sengaja menghina agama Islam.
Menurut beliau, tindakan tegas oleh pihak berkuasa perlu diambil ke atas kelab tersebut dengan segera.
Katanya lagi, sebelum ini kenyataan beliau tidak begitu tegas terhadap kelab terbabit kerana menganggap jenaka yang dipersembahkan tidak disengajakan.
"Kenyataan saya sebelum ini agak lembut terhadap kelab berkenaan kerana saya fikir apa yang terjadi mungkin tidak disengajakan.
“Tetapi setelah mengetahui kejadian ini telah berlaku berulang-ulang kali, maka ini boleh difahami ia sengaja dirancang untuk menghina agama Islam.
"Oleh itu, saya menyokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak keras ke atas kelab tersebut memandangkan kesalahan yang dilakukannya amat berat dan boleh menjejas kestabilan negara.
"Kelab tersebut perlu ditutup supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak," katanya seperti dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Terdahulu, pada Khamis Wan Salim meminta pihak berkuasa melaksanakan satu garis panduan dan kawalan tertentu agar pemilik dan pengunjung kelab tersebut sentiasa memelihara batas-batas moral dan agama.
Katanya, pihak berkuasa agama Islam antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama perlu menasihati masyarakat Muslim agar sentiasa menghormati kesucian agama mereka dan tidak dijadikan bahan mainan atau gurauan.
SINAR HARIAN
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar