Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Muhammad Luth Ali, Membesarlah Dengan Sihat & Bijak Anakku - Deena Emir

Mya Amri 13/06/2017 | 00:43 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan dan isteri, Deena Emir bersepakat untuk menamakan anak sulung mereka, Muhammad Luth Ali.
Nama itu didedahkan oleh Deena menerusi akaun Instagramnya menerusi entri terbaru sebentar tadi.
Menurut Deena, nama itu dipilih selepas hari ketujuh bayi lelaki comel itu dilahirkan.
"Assalammualaikum. Alhamdulillah selesai majlis tahnik yang dibimbing oleh ustaz @tarmiziabdrahman.
"Hari ini jatuhnya hari ketujuh selepas kelahiran anak saya, saya dan suami menamakan anak kami, Muhammad Luth Ali bin Mohd Saharul Ridzwan.
"Membesarlah dengan sihat dan bijak anakku. Sayanglah Allah. Sayanglah RasulNya. Sayanglah agamaNya. Sayanglah ibu bapamu. InshaAllah. Syurga buat kita," tulisnya.
Kapsyen itu juga turut disertakan dengan hashtag #YaHabibiYaMuhammad, #MuhammadLuthAli dan #SRDEjunior.
Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Deena dihujani dengan ucapan tahniah dan memuji keindahan nama anaknya.
Terdahulu, Deena selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 6 Jun lepas.
Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September tahun lalu.

Assalammualaikum. Alhamdulillah selesai majlis Tahnik yang dibimbing oleh ustaz @tarmiziabdrahman . Hari ini jatuhnya hari ke 7 selepas kelahiran anak saya, saya & suami menamakan anak kami ________________________ MUHAMMAD LUTH ALI BIN MOHD SAHARUL RIDZWAN ________________________ Membesarlah dengan sihat & bijak anakku. Sayanglah Allah. Sayanglah RasulNya. Sayanglah agamaNya. Sayanglah ibubapamu. InShaaAllah syurga buat kita. #YaHabibiYaMuhammad #MuhammadLuthAli #SRDEjunior

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on

Teks oleh: Mya Amri
#Saharul Ridzwan #Anak #Deena Emir
;