Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Muka Bengkak, Katrina Kaif Lakukan Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Muda?

Rozaimi Zubaidi 18/01/2018 | 01:07 MYT
Pelakon popular Bollywood, Katrina Kaif dilaporkan melakukan pembedahan plastik selepas wajahnya sering kelihatan bengkak sejak akhir-akhir ini.
Menurut laporan Pinkvilla, perkara itu dinafikan oleh sumber terdekat Katrina yang menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar.
"Katrina tidak pernah melakukan pembedahan plastik seperti yang didakwa nitezen.
"Wajah Katrina mungkin agak berbeza sedikit sejak akhir-akhir ini kerana dia sedang mengalami masalah sakit gigi sehingga mengalami perubahan pada wajah.
"Untuk mengatasi masalahnya itu, Katrina telah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan akibat ubat yang diberikan membuat wajahnya bengkak.
"Katrina juga berterima kasih kepada peminatnya yang prihatin dengan masalah yang dihadapi olehnya itu," kata sumber.
Tambah sumber, Katrina sedang sibuk mempersiapkan dirinya untuk berlakon filem baharunya tidak lama lagi.
Sumber: Pinkvilla
#Pelakon Bollywood #Katrina Kaif
;