Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Muka Handsome, Cantik & Pandai Manapun Akan Kering Layu Jika..." - Ramli Sarip

Asraf Aided 03/05/2019 | 13:21 MYT
Penyanyi senior berbakat, Datuk Ramli Sarip sentiasa berpendapat hubungan dengan ibu bapa harus sentiasa diutamakan.
Menurut Ramli, seseorang yang sudah berjaya di sudut fizikal tetap akan mempunyai kekurangan sekiranya mengetepikan ibu bapa.
"Bagi saya, jika kita mahu berjaya dan hidup diberkati Allah, kita harus sentiasa menjaga hubungan dengan ibu bapa.
"Perkara ini tidak boleh diketepikan walau sesibuk mana kita dengan kehidupan seharian.
"Kalau muka handsome, cantik dan pandai manapun akan kering dan layu juga jika tidak menjaga hubungan dengan ibu bapa," katanya kepada Gempak.
Ramli ditemui di sidang media A Night With Legends bertempat di Restoran Rebung, Kuala Lumpur petang semalam.
Ramli mula aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1975 dan masih berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini, antara lagu hit yang dipopularkannya adalah Kamelia, Bukan Kerana Nama dan banyak lagi.
#Ramli Sarip
;