Gaya Hidup
"Muka Kau Ni Elok Kena Ludah. Hebat Sangat Ke Kau Ni? Setakat Kuew Teow Kau..." - Fendy Bakry Jawap Maki Hamun Netizen
Memang susah kalau ada yang tidak faham bahasa. Walaupun sudah diterangkan dengan jelas, tetapi masih ada yang tidak faham.
Itulah yang terjadi kepada Fendy Bakry yang kini menjalankan perniagaan menjual Char Kuetiau di Kampung Baru di kedai makannya, Bhenang Kitchen.
Namun, setiap pekerjaan ada cabarannya. Berkongsi satu entri di Instagram miliknya, Fendy Bakry menjawap satu maki hamun daripada seorang netizen.
"Buat apa nama kucipangz. Hahh mungkin suami pada sitisaadiahshafei. Pertanyaan tadi dari si isteri ada ngatakan yang beliau terliur untuk makan dan beliau cakap ada penghantaran ke nilai tak. Kalau tak tak apa.
"Kita nie bila tengok ayat macam tu bermaksud dia berharap agar ada. So kita pn cakap la, memang jawapan dia tak dak la. Kalau ada pun jauh mungkin taknak bayar untuk delivery," tulis Fendy.
Tulis Fendy, lebih baik tidak bertanya soalan sebegitu kerana ada rasa kasihan apabila orang yang mengharap tetapi tidak dapat ditunaikan.
"last2 kita plak yang kena. Dicop artis itu ini la. Tak layak dpt layanan la. Dipetik pulak bab kerjaya. Katanya tak tengok Instagram la apa la. Habis awak follow kita, tak naik ke notify ke update dari kita?
"Katanya pulak tak tengok tempat. Padahal kita dah mudahkan customer untuk terus WhatsApp dan siap bagi nombor dah," tulis Fendy lagi.
Tambah menyakitkan hati, pelanggan tersebut memberitahu dia melihat Instagram Nora Danish.
"Habis Nora Danish duk nilai ke sis? Kat sini penggunaan customer always right tak boleh pakai tau sebab kita lengkap mudahkan customer. Sekali dia sudah block itu sis.
"Muncul pulak Instagram nie. Barangkali suami dia la kot. Aku nie malas nak cari gaduh. Kalau nak pijak sangat meh kampung baru. Tak mahu datang sini, meh jumpa kat Taman Medan.
Tambah Fendy lagi, kalau setakat mengugut di media sosial dengan akaun palsu tidak meninggalkan kesan langsung.
"Yang mana duk Nilai dan kenal individu nie tolong pesan sama itu org. Kalau nak mai bagi tau. Kadang kena bagi dulu sebiji baru dia nak sedar. Sebelum buat tak pikir. Hahhh tunggu tengok je la," tulis Fendy lagi.
Meninjau Instagram milik Fendy Bakry, nombor telefon dan urusan pesanan Char Kuetiaw jualannya sememangnya tersedia untuk pelanggan membuat tempahan membawa pulang sendiri atau menggunakan perkhidmatan penghantaran.