Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Muka Saya Kan Baby Face” - Pertama Kali Bawa Watak Bapa, Zahiril Adzim Terpaksa Simpan Janggut & Misai?

Hanafis Haris 29/06/2021 | 09:00 MYT

Pelakon utama filem Chomel, Zahiril Adzim mendedahkan dia terpaksa menyimpan misai dan janggut demi karakternya sebagai bapa.

Menurut Zahiril, itu adalah pertama kali dia membawa watak bapa dan dia terpaksa menjadikan wajahnya kelihatan lebih matang daripada biasa.

“Pertama kali saya bawa watak bapa, sebab itulah kena simpan janggut dan misai. Muka saya kan baby face.

“Memang tak pernah pun watak cam ni, walaupun dulu ada la juga tapi masa tu watak bapa anaknya masih kecil,” katanya.

Menurutnya, karakter yang dibawa kali ini agak berlainan kerana dan jauh berbeza dengan watak pernah dibawanya sebelum ini.

“Watak Imran ni berbeza sedikit, walaupun dia seorang bapa tapi dia ni fun dan ceria sikit. Cara bercakap dengan anak tu pun berbeza tak nampak jurang sangat.

“Dulu watak saya serious, gangster, kasar, tapi kali ini penonton akan lihat watak yang lebih relaks, lembut dan santai,” katanya.

Apapun jangan lupa saksikan filem Chomel yang telah pun berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

#Viral #Zahiril Adzim #Kucing #Chomel
;