Laman Utama

Mula Jauhi Alkohol, Ari Lasso Dedah ‘Gila’ 8 Bulan Hanya Ulang Alik Hospital

Maliah Surip
10/05/2022
06:19 MYT
Sponsor Banner
Mula Jauhi Alkohol, Ari Lasso Dedah ‘Gila’ 8 Bulan Hanya Ulang Alik Hospital
Penyanyi Ari Lasso diketahui pulih sepenuhnya dari penyakit kanser yang dihidapi sejak Februari 2022.
Berkongsi mengenai perkembangan terkininya, bekas vokalis Dewa 19 itu menceritakan pengalaman selama 8 bulan terakhir sebelum dia berani keluar rumah dan menziarahi temannya buat pertama kali.
Ari Lasso mengatakan, sepanjang sakit dan dalam proses pemulihan sekitar 8 bulan, dia tidak pernah keluar berjalan jalan termasuk bertemu orang lain atau sekadar jalan jalan di pusat beli belah.
Rutin yang dilakukan hanya berulang alik untuk memastikan dirinya bebas dari kanser dan boleh hidup dengan baik seperti sebelumnya.
Namun pada awal Mei, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hampa ini akhirnya dapat melakukan ziarah ke kediaman sahabatnya.
Kediaman pertama yang diziarah Ari Lasso adalah milik pesohor Ahmad Dhani.
“Jadi setelah sakit, ini pertama kali saya keluar jumpa orang di rumah mereka.
“Seingat saya, dalam tempoh 8 bulan, saya hanya pernah pergi ke pusat beli belah dua kali. Yang lainnya saya rutin berulang alik ke hospital.
“Gila ya, 8 bulan hanya ulang alik hospital. Rasa sihat dan segar bila dapat berjumpa dengan sahabat dan berada di rumahnya.
“Ini, ke rumah Ahmad Dhani yang pertama kali ya,” katanya seperti dilaporkan Kompas yang mengambil laporan dari saluran YouTube Video Legend.
Menurut Ari Lasso dia memilih ziarah ke rumah Dhani sebagai yang pertama kerana pemuzik itu kerap melawat dirinya di rumah sepanjang sakit.
“Sepanjang saya sakit dan hanya di rumah, Dhani kerap datang ziarah. Jadi ini saya datang ke kediamannya pula,” sambung Ari Lasso.
Dalam perkongsian sama, Ari Lasso memberitahu dia mula menjaga pemakanan dengan lebih baik dan menghindari kopi serta makanan atau minuman mengandungi gula.
Dia juga mengaku perlahan lahan berhenti minum alkohol.
“Sebulan tidak sentuh kopi, tidak minum alkohol. Ternyata yang manis itu yang jahat, gula itu yang terjahat dari segala kejahatan," kata Ari Lasso.
Sebelum ini Ari Lasso mengumumkan melalui media sosial baawa dirinya telah didignos mengidap kanser limfoma pada tahun lalu.
Dia telah menjalani lebih lima kali rawatan kimoterapi termasuk mengorbankan penampilan dirinya yang sebelum ini mempunyai rambut lurus kepada botak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar