Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Mula Mula Saya Tak Faham Kenapa Orang Kata Rindu…” - Maryam Sebak, Tak Sabar Nak Tunai Umrah

Mya Amri 24/02/2024 | 03:55 MYT

Personaliti media sosial, Maryam You Narae melahirkan rasa syukur apabila bakal mengerjakan ibadah umrah bersama suaminya, Ryzal Ibrahim tidak lama lagi.

Berkongsi tentang perasaannya, Maryam akui sebak sebaik sahaja bercerita mengenai ibadah umrah.

“Bila saya solat saya selalu berdoa mahu lakukan umrah, saya mahu tenang. Saya tak pernah pergi tapi rasa rindu.

“Pada mulanya saya tidak faham bila orang Malaysia kata rindu nak lakukan umrah, tapi sekarang baru saya faham apa yang mereka maksudkan.

“Bila saya dapat… Ya Allah syukur alhamdulillah. Allah sayang saya sangat dan itu membuatkan saya terus menangis.

“Sekarang bila saya nak bercakap tentang umrah pun air mata saya sudah bergenang. Ini juga sebab doa yang baik baik daripada anda semua dan saya akan mendoakan anda di sana, insya Allah,” katanya kepada Gempak.

Maryam ditemui di majlis Hijab Fashion Awards 2024 yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pada acara tersebut, Maryam menerima anugerah Hijabista Inspirational Award.

Bakal berangkat menunaikan umrah pertama kali pada 29 Februari ini, Maryam berkata dia sedang membuat persiapan dengan menghadiri kursus dan juga membeli barang kelengkapan.

“Saya akan menghadiri kursus dan juga mencari barangan kelengkapan umrah sebab saya baru sahaja mendapat info tentang perkara itu.

“Saya juga sedang belajar mengingati surah-surah dan juga doa doa. Bila menghadiri kursus, saya akan belajar dengan lebih banyak lagi.

“Saya harap semoga segala urusan kami untuk melakukan ibadah dipermudahkan,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Ramai Sebak Lihat Maryam Menangis, Suami Beri Kejutan Hadiah Birthday Pakej Umrah - “Bertuah Dapat Lelaki Yang Tepat”

Untuk rekod, Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim telah mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 2020.

Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, Ryzal dan Maryam dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Rina.

#Umrah #Maryam #Ryzal Ibrahim #Maryam You Narae
;