Laman Utama

“Mula Seawal 8 Pagi, Beliau Sendiri Menelaah, Catat Nota... ” - Doktor Dedah Rutin DG Hisham Sebelum Laporan COVID-19 Diumumkan

Mya Amri
21/11/2020
09:35 MYT
Sponsor Banner
“Mula Seawal 8 Pagi, Beliau Sendiri Menelaah, Catat Nota... ” - Doktor Dedah Rutin DG Hisham Sebelum Laporan COVID-19 Diumumkan
Bertali leher dan memakai jaket rasmi itulah susuk karisma figura negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah setiap kali tampil di kaca televisyen.
Bahkan, suara beliau juga yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan semasa COVID-19 di negara ini.
Namun di sebalik pengumuman itu, tahukah anda usaha dan persediaan yang dilakukan oleh beliau bersama para petugas barisan hadapan untuk mengumpul maklumat yang disalurkan kepada masyarakat sebenarnya tidak mudah.
Dr. Noor Hisham sendiri yang turun padang untuk memastikan segala-galanya sempurna.
Perkara itu dikongsi oleh Dr Fadly Khairie menerusi posting di akaun Facebook miliknya.
Menurut Dr Fadly, Dr Noor Hisham menjalankan tugasnya seawal pukul 8 pagi.
“Sampai hati ada orang kata Tan Sri DG kami buat berita hari-hari, takut mati tak mahu turun ke Sabah.
“Mungkin ramai yang tidak tahu waktu-waktu kes covid tinggi, setiap hari tepat pukul 8 pagi Tan Sri akan memulakan mesyuarat samada beliau sendiri datang ke CPRC atau melalui vc.
“Tan Sri akan dengar betul-betul setiap pembentangan, lagi-lagi laporan kes harian. Bukan setakat itu, beliau akan catat nota untuk setiap kluster-kluster baharu.
“Kebiasaanya beliau akan tanya apa punca kluster, berapa ramai sudah disaring, cohort ini berapa ramai, macam mana boleh tersebar dan bermacam-macam lagi,” tulisnya.
Dr.Fadly juga menjelaskan DG Hisham akan menelaah terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan mengenai kluster-kluster baharu.
“Sebelum sidang media pun kami diminta untuk memberi masa supaya Tan Sri DG sempat membaca dan menelaah dahulu kenyataan yang disediakan dan juga slide-slide dan infografik yang akan dipaparkan.
“Kalau sesiapa perasan juga ketika Tan Sri melaporkan kluster-kluster aktif, beliau bukan membaca kenyataan media tetapi beliau sedang membentangkan slide yang dipaparkan.
“Kenapa sampai begitu sekali? Sebab sampai masa Tan Sri DG perlu hadir untuk mesyuarat-mesyuarat penting.
“Tan Sri DG perlu yakin mewakili seluruh anggota KKM memberi input teknikal dan professional kepada stakeholder yang terlibat. Bukannya boleh bawak ramai-ramai orang waktu itu.
“Sebab itu waktu saya bertugas di CPRC dulu, Dr Hazlina selalu ingatkan pada kami semua. “Slide laporan harian ni kita kena buat sungguh-sungguh sebab Tan Sri nak study betul-betul nanti."
“Sewaktu kita berperang ini, kami di KKM tidak pernah sambil lewa memainkan tugas masing-masing,” jelasnya.
Sampai hati ada orang kata Tan Sri DG kami buat berita hari-hari, takut mati tak mahu turun ke Sabah. Mungkin ramai...
Posted by Fadly Khairie on Wednesday, 11 November 2020
Sebelum ini Dr Noor Hisham pernah dituduh takut mati apabila beliau dikatakan tidak ‘turun padang’ ketika wabak COVID-19 melanda Sabah.
BACA: Setiap Yang Bernyawa Itu...” - Dituduh Takut Mati Jika Ke Sabah, Ini Jawapan Balas Dr Noor Hisham
Disebabkan dakwaan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terpanggil untuk mengulas mengenai hal tersebut.
BACA: Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri Ulas Kenyataan Dr Noor Hisham ‘Takut Mati’ – “KP Kesihatan Sudah Buat Yang Terbaik…”
Foto: Astro Awani / Malaysiakini.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar