Berita

Mula-Mula Ada Orang Main 'Chop' Kerusi Kemudian Dapat Meja Dekat Yang di-Pertuan Agong

Elrafaei Sapi
10/07/2018
13:18 MYT
Sponsor Banner
Mula-Mula Ada Orang Main 'Chop' Kerusi Kemudian Dapat Meja Dekat Yang di-Pertuan Agong
Penyampai radio popular, Linda Onn berkongsi pengalaman manis apabila berpeluang bersua lebih dekat dengan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V di Istana Negara, petang tadi.
Ujarnya, dia pada awalnya berhasrat bertemu Yang di-Pertuan Agong secara berdepan selepas turut mendapat jemputan ke Majlis Ramah Mesra Bersama KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.
Ceritanya, selepas sesi bergambar berkumpulan, Linda bersama suami dan semua tetamu lain dijemput ke ruang makan.
Bagaimanapun, ketika dia mencari tempat duduk, dia bersama rakan artis, Datuk Afdlin Shauki bersama isteri, Elyna dan seorang lagi rakan tiada tempat duduk.
"Soalnya, seats ada kosong, tapi bila kita pergi ke table tu..orang kat table tu kata..sorry ya..seats are taken..dah ada orang punya. Eh..boleh main chop chop pulak eh," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook, @Linda.Onn.Fanpage.
Sambungnya, ketika dia bersama Elyna mengambil makanan manakala Afdlin bersama isteri sudah mendapat tempat duduk, Linda bersama Elyna dijemput Datuk Shah Reza untuk duduk di satu meja lain.
"Nak tau Tak? Table tu adalah table No.1. Paling dekat dengan dengan Agong. Paling depan. Dan Linda duduk di kerusi pertama depan table Agong. Kira macam tempat duduk No.1 di table No.1.
"Rasa macam kat Makkah pulak. Niat je dapat. Tadi niat nak tengok Agong dekat2, pun dapat. Salam pun dapat. Best Agong ni, setiap kali salam dgn orang, baginda beri salam," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Facebook @Linda.Onn.Fanpage
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar