Berita
"Mula-Mula Ingat Dia Tomboy Ke Pengkid, Tak Ada Perasaan Dekat Lelaki" - Ini Pendedahan Fizi Ali Tentang Shakilla Khoriri
Penyampai Radio, Fizi Ali dan isterinya pelakon, Shakilla Khoriri telah menyambut ulangtahun perkahwinan pertama mereka pada hari ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fizi berkongsi kisah perkenalan awalnya bersama isterinya beserta gambar perkahwinan mereka.
"Pejam celik dah setahun dah gambar ni. 18.2.18 tu tarikh kita jadi suami isteri. Tak sangka mula-mula ingat dia ni tomboy ke pengkid tak ada perasaan dekat lelaki
"Sebab kita try langsung tak layan, so abam gunakan teknik tanya kawan-kawan dia apa dia suka, dia lepak mana, ajak semua kawan dia p holiday, ajak main badminton.
"Yang masa tu jadi mangsa @syuhaida.abraz @haelhusaini @tj.8689 @hardy_rb. Dorang la yang menadah telinga dengar luahan hati abam yang si Killa ni tak layan abam.
"So bila tak berjaya juga, abam guna last pilihan. Abam amek risiko sama ada dapat atau terus hilangkan diri. Masa tu abam bagi dia masa seminggu untuk pilih nak cuba hubungan ni atau abam terus pergi dari hidup dia.
"Gertak macam tu baru dia kata kita cuba dulu macam mana. Haha dari cuba untuk hubungan tu sampai la hari ni. Alhamdulillah terima kasih untuk first anniversary kita sayang. Insyallah untuk tahun kedua kita cuba tambah sorang lagi yea," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Fizi dan Shakilla.
Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari lalu dan bakal menimang cahaya mata Mac tahun depan.