Hiburan
"Mula-Mula Kadar Degupan Jantung Normal, Kemudian Ia Mula Naik Mendadak..." - Ini Keputusan Eksperimen Terhadap Mereka Yang Guna Mesin ECG Ketika Tonton Pusaka!
Malam gala filem seram Pusaka telah berlangsung dengan meriah di MBO Cinemas, The Starling Mall Damansara baru-baru ini.
Namun begitu, tidak ramai orang yang tahu yang malam gala itu juga telah berlakunya satu eksperimen untuk menilai reaksi dan tahap ketakutan penonton ketika menonton Pusaka.
Dua orang penonton telah dipilih untuk menjalani ujian ini dan ia menguji tahap keseraman filem Pusaka.
Tahap ketakutan dinilai menerusi kadar degupan jantung penonton menggunakan mesin electrocardiogram (ECG).
Sebelum tayangan filem bermula, alatan ini telah dipasang oleh pihak profesional dan ia dipantau oleh seorang pakar alat perubatan dari Suria Medic.
Keputusan menunjukkan kadar degupan jantung penonton yang terlibat dalam keadaan normal sebelum tayangan filem tetapi degupan jantung mereka naik mendadak beberapa kali ketika filem sedang ditayangkan.
Berikut merupakan sedutan video mengenai eksperimen yang telah dijalankan pada malam terbabit:
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.