Laman Utama
“Mulut Penuh Ulser, Makan Susah, Badan Gatal” - Luluh Hati Anak Sakit, Isteri Shahrol Shiro Mohon Doa
Isteri kepada pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanan Syamimi berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan anaknya, Iskandar Rizqi.
Menurut Farhanan atau lebih mesra disapa Anna mengatakan sebagai seorang ibu, dia tidak sanggup melihat anak sulungnya berada dalam kesakitan.
“Tiada apa yang Anna harapkan selain doa dari kalian semua. Selitkan lah doa untuk Iskandar Rizqi dalam setiap solat kalian. Semoga Iskandar Rizqi cepat sembuh.
“Rizqi kene chicken pox tapi mulut dia penuh ulser. Kesian Rizqi nak makan susah, badan pun gatal. Banyak sangat ulser dalam mulut dia.
“Kita ni ibu, luluh hati tengok anak sakit. Lemah macam mana kita, atau penat macam mana kita, tetap kuatkan diri dan semangat untuk anak,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.
Bagaimanapun kata Anna, dia menganggap segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan dan percaya ada hikmah di sebaliknya.
Menerusi entri itu juga, Anna turut memuat naik foto terbaharu kondisi anaknya.
“Semua ini atas izin Allah S.W.T. Setiap berlaku pasti ada hikmatnya. Allah izinkan anak sakit.
“Dalam masa yang sama Allah hadirkan sekeliling yang banyak membantu dan banyak bagi kata-kata semangat. Alhamdulillah dan terima kasih pada yang mengambil berat,” coretnya.
Awal September tahun lalu, pasangan ini diuji apabila anak kedua mereka, Ismail Rifqi dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.
Bagaimanapun selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan Ismail hanya mempunyai sayu buah pinggang sejak dilahirkan.
Selepas menjalani pembedahan, Anna juga meluahkan rasa syukur kerana segalanya dipermudahkan buat Ismail.