Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Mulut Terkumat Kamit, Dia Siap Tenung” - Meremang! Ini Identiti Lelaki Misteri Bertongkat Muncul 5 Pagi Kuis Batu Rumah!

Hanafis Haris 30/07/2021 | 14:43 MYT

Menyeramkan! Itu saja dapat digambarkan apabila melihat perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai kemunculan ‘kelibat’ lelaki misteri di halaman rumahnya.

Menurut individu tersebut, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.20 pagi semalam apabila ada seorang lelaki tua bertongkat masuk kawasan rumah jiran hadapannya.

“Betul-betul depan rumah kami. Jiran depan rumah ni Indian dan diorang ada bela anjing banyak dan seekor anjing hitam yang besar untuk jaga rumah.

“Orang tua ni boleh buka sangkar dan main dengan anjing hitam besar tu.

“Anjing-anjing tu semua tak menyalak pun. Biasa anjing kalau bau orang tak dikenali, akan menyalak,” katanya.

Jelasnya, seorang daripada jirannya kemudian tersedar apabila bangun awal untuk memasak.

“Isteri jiran terkejut ada lelaki tercegat di celah-celah pandangan cermin dapur. Bila lelaki tua tu sedar ada orang nampak dia, dia tak lari pun. Dia siap tenung,” katanya.

Tambahnya, kesemua kawasan perumahan itu sebenarnya telah dilengkapi pagar automatik.

“Tapi wallahu'alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate.

“Waktu jiran dan suami dan anak-anak dia tegur dan tanya orang tua bertongkat tu waktu dia nak berjalan keluar, dia tak bercakap sangat.

“Macam orang buat-buat bodoh dan uncle tu macam tak sedar bila lelaki ni, keluar semula dari autogate. Dia cuba kejar, tak dapat.

“Nak kata dia lompat atau panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sangat tinggi dan dia berkain,” katanya.

Menurutnya lagi, sejak beberapa hari kebelakangan ni, dia memang berulang kali terdengar bunyi seperti ada seseorang menguis batu kerikil tepi rumah.

“Mohon doakan Allah lindungi kami sekeluarga dan kejiranan ini.

“Dah lodge police report, regarding officer tu katanya orang gila, pihak polis tak nampak motif lain lagi.

“Tapi mana ada orang gila masuk rumah pukul 5 pagi tanpa kesan pecah masuk dan macam mana dia boleh masuk autogate, autogate ni tak ada pintu kecil buang sampah tu, takde.

“Misteri nusantara. Bukan hantu, orang. Mungkin cubaan pukau dan rompakan.

“Mulut dia kumat kamit, menurut auntie jiran saya. Jiran pun syak dia bomoh,” katanya.

Sehingga kini posting berkenaan sudah dikongsi sebanyak 7,200 kali.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah:

Sementara itu menerusi Harian Metro, polis mengesahkan lelaki yang masuk ke pekarangan sebuah rumah di Taman Cengal seperti yang tular di laman sosial sejak semalam didapati kurang waras.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang dibuat di situ malah turut berbogel di hadapan pasukan polis.

Beliau berkata, isteri lelaki itu turut bersama ketika kejadian.

"Lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya.

"Bagaimanapun tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

#Viral #Seram #Bomoh #LelakiBertongkat #Pagar
;