Berita

Mummy Yang Workout, Korang Yang Panas - Sharifah Sakinah Dikritik Kerana Bersenam Selepas Bersalin

Kamaruddin Razal
11/07/2017
14:17 MYT
Sponsor Banner
Mummy Yang Workout, Korang Yang Panas - Sharifah Sakinah Dikritik Kerana Bersenam Selepas Bersalin
Tindakan pelakon Sharifah Sakinah yang kini kembali aktif bersenam selepas melahirkan anak sulungnya, Anais Adha mengundang kritikan netizen.
Mula bersenam semenjak tiga hari lalu, Sakinah memuat naik foto dirinya menjalankan aktiviti kecergasan di laman Instagram miliknya, @sharifah_sakinah.
Namun begitu, apa yang dilakukan oleh Sakinah mendapat komen negatif netizen sehingga aktres itu menutup ruangan komen di foto-foto tersebut.
Susulan kritikan yang diterima, Sakinah memuat naik foto Anais yang sedang tidur untuk membidas komen negatif sesetengah netizen.
"Mummy yang workout korang yang panas. Zzzz," tulis Sakinah.
Sakinah selamat melahirkan bayi pertamanya, Anais pada 24 Mei lalu.
Anais merupakan anak hasil perkahwinan Sakinah bersama seorang juruterbang, Alif Adha. Mereka mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2015.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar