Hiburan

Muncul Di Khalayak Selepas Isu Bodohkan Penjual Air Teh, Gus Miftah Berdoa: “Ampuni Dosa Mereka Yang Kecam & Buli Saya Ya Allah”

Khairil Khusyairi
10/01/2025
08:50 MYT
Sponsor Banner
Muncul Di Khalayak Selepas Isu Bodohkan Penjual Air Teh, Gus Miftah Berdoa: “Ampuni Dosa Mereka Yang Kecam & Buli Saya Ya Allah”

Penceramah bebas sensasi Miftah Maulana Habiburrahman atau Gus Miftah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila muncul di sebuah acara mujahadah di Yogjakarta, baru-baru ini.

Muncul Di Khalayak

Difahamkan, acara tersebut merupakan penampilannya kepada orang ramai setelah terpalit dengan kontroversi mempermalukan dengan menggelar seorang penjual air teh bodoh depan khalayak di sebuah majlis agama penghung tahun lalu.

Doa Agar Dosa Netizen Diampunkan

Menerusi video yang tular, Gus Miftah berdoa agar dosa netizen yang mengecamnya diampunkan.

“Ya Allah, Ya Rabb, ampuni semua dosa-dosa orang yang menghujat (mengecam) saya, orang yang membuli saya. Ampuni mereka Ya Allah atas kekhilafan dan kesalahan mereka.

“Saya tak pernah memiliki hati untuk membenci sesiapa. Saya tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa.

“Saya akan doakan semua orang yang memusuhi saya, orang yang mengecam dan membuli saya. Semoga Allah ampuni dosa-dosanya,” katanya.

Tambah Gus Miftah lagi, dia bersifat memaafkan itu kerana mahu semua sentiasa di bawah lindungan Tuhan.
“Saya akan lakukan itu, sebab kalau saya tak mengkihlaskan kecaman, makian itu akan menjadi satu hal beban buat mereka di Yaumu Hisab.

“Saya tak mahu menjadi wasilah sesama Muslim, menjadi jalan mereka masuk neraka Allah S.W.T,” kongsinya.

Terdahulu, heboh satu nusantara apabila Gus Miftah mempermalukan dengan menggelar seorang penjual air teh bodoh depan khalayak di sebuah majlis agama.

Perlakuan dan perkataan ‘bodoh’ yang digunakan Gus Miftah disifatkan kasar serta tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang tokoh yang disegani.
Susulan itu, permohonan maaf turut dibuat selepas Gus Miftah menerima teguran daripada pihak kerajaan sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024