Hiburan

Muncul Juara i-Sing, Penyanyi Nadia Hasnan Wakili Malaysia Ke Sweden

Amri Hassan
29/09/2019
18:51 MYT
Sponsor Banner
Muncul Juara i-Sing, Penyanyi Nadia Hasnan Wakili Malaysia Ke Sweden
Penyampai radio Era yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 6, Nadia Hasnan dinobatkan sebagai juara pertandingan pencarian bakat i-Sing Malaysia.
Nadia menang dalam kategori solo wanita sekali gus melayakkannya mewakili negara dalam pertandingan peringkat antarabangsa itu di Sweden pada November depan.
"Alhamdulillah, Apa yang saya nak buat untuk persembahan terlaksana. Usaha itu tangga kejayaan.
"Minggu ini sangat memenatkan. Belatih, menyiapkan kostum, itu jadi, ini jadi. Tapi semuanya berbaloi, syukur!
"Jadi, selepas ini saya menggalas satu lagi tanggungjawab untuk mewakili Malaysia ke Sweden.
"Tak pernah terfikir nak merantau sejauh ini untuk negara. Tapi syukur diberikan peluang. Insya-Allah, saya akan berikan yg terbaik," kongsinya menerusi Instagram hujung minggu lalu.
A post shared by N A D I A H A S N A N (@nadiahasnan) on
Nadia membawa pulang wang kemenangan kategori tersebut berjumlah RM1,500 berserta trofi.
Pada pertandingan peringkat kebangsaan itu, Nadia telah mempersembahkan lagu If I Were A Boy (Beyonce) dan mempertaruhkan bakat tariannya dalam lagu Es Lilin (Nining Meida).
Untuk rekod Nadia pernah muncul dengan beberapa lagu antaranya Kau Aku Satu, Cinta Twitta dan pernah menyanyikan runut bunyi filem Histeria.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar