Laman Utama
“Mungkin Ada Yang Kata Saya Demand Sebab Ada Kerjasama Dengan ‘Top Brand’, Tapi Sebenarnya…” - Meerqeen
Pelakon yang semakin dikenali, Merqeen menafikan meletakkan bayaran tinggi dalam setiap kerja seninya.
Meerqeen berkata, walaupun banyak menjalin kerjasama dengan jenama fesyen antarabangsa namun tidak pernah meminta bayaran yang tinggi.
Katanya, memadai jika tawaran yang diberikan setimpal dengan kerja yang akan dilakukan.
“Saya masih baru dalam industri ini. Siapalah saya untuk letak harga mahal-mahal. Saya masih lagi belajar dan kumpul pengalaman.
“Tapi saya akui ada yang salah faham bila tengok wajah saya selalu menghiasi jenama antarabangsa. Ada yang ingat saya punya harga tinggi dan mungkin ada yang takut nak ambil saya berlakon disebabkan itu.
“Soal bayaran ni subjektif, bagi saya memadailah jika dibayar setimpal dengan kerja yang akan dilakukan.
“Saya bukan selebriti mahal dan tak pernah demandlah,” seloroh Meerqeen yang masih menjadi wajah jenama fesyen antarabangsa seperti Dior, Coach dan Adidas.
Perkembangan terkini, Meerqeen bakal muncul dalam rancangan permainan terbaharu iaitu Ceria Xtra #DudukRumah bersama barisan selebriti lain seperti Mark Adam, Aisar Khaled, Nabila Huda, Sean Lee, Atu Zero, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.
Program berformat ‘family variety’ atau variasi famili ini akan menemui penonton pada setiap hari Jumaat, mulai 10 September 2021, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan dihoskan oleh pelakon dan pengacara yang kian meningkat naik, Wafiy Ilhan.
Untuk pilihan alternatif, program ini juga boleh ditonton di platform On Demand dan Astro GO pada bila-bila masa, di mana jua anda berada.