Viral

“Mungkin Kena Mengalah, Bahagi Dua…” - Madu Marissa Dania Akui Raya Tahun Ini Agak Mencabar

Asyikin Mayudin
22/02/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Mungkin Kena Mengalah, Bahagi Dua…” - Madu Marissa Dania Akui Raya Tahun Ini Agak Mencabar
Video temu bual isteri kepada Ahmad Aslam iaitu Misya Mazlan mengenai sambutan raya pada tahun ini tular di laman sosial.
BERITA TRENDING: Kongsi Pengalaman Bersalin, Madu Marissa Dania Sempat Bergurau Fasal Kahwin Tiga?
Menerusi video tersebut, Misya menjawab beberapa soalan antaranya lokasi, warna pakaian dan menu untuk raya akan datang.
“Raya tahun ini, raya KL saja sebab memang setiap tahun Misya raya KL saja. Misya suka warna nude tapi tahun ini mungkin bold, orange brick kot.
“Biasa tak sama color dengan family, tapi dengan anak-anak sama, husband pun sama. Menu wajib, lemang dan redang ayam,” kata Misya.
Ditanya mengenai kelainan raya pada tahun ini, Misya mengakui ia agak mencabar kerana mungkin perlu mengalah memandangkan suaminya sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial, Marissa Dania.
“Raya tahun ini agak mencabar la sebabnya mungkin kena mengalah… kena bahagi dua. Macam itulah,” kata Misya.
Terdahulu, kakak kepada Misya iaitu Nadiah mengesahkan Aslam sudah berkahwin dengan anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya dan keluarga Marissa.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar