Laman Utama

“Mungkin Orang Nampak Kita Senang Tapi Hakikatnya…”- Amyra Rosli Terharu Terima Kejutan Kereta Dari Amar Baharin

Syafiqah Jalal
03/12/2022
11:13 MYT
Sponsor Banner
“Mungkin Orang Nampak Kita Senang Tapi Hakikatnya…”- Amyra Rosli Terharu Terima Kejutan Kereta Dari Amar Baharin
Pelakon Amyra Rosli akui kesenangan yang dilihat terhadap keluarganya dengan suami, Amar Baharin tidak sama seperti yang dibayangkan.
Kata Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 30, mereka terpaksa berkerja keras untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan seperti terbaharu kereta jenis Honda yang dikejutkan oleh Amar.
“Sayang, terima kasih sangat tau. Mungkin orang nampak kita senang untuk dapat itu ini, tapi hakikatnya hanya kita sahaja tahu macam mana usaha keras kita untuk miliki semua pinjaman Allah ni.
“Mommy (Amyra bahasakan dirinya) doakan sayang murah rezeki dan sentiasa dalam jagaan Allah,” katanya.
Amyra berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) Story miliknya semalam.
Menerusi kemas kini terbaharu dia dan Amar menunjukkan suaminya membawa kereta dari sebuah premis seolah-olah mahu memberi kejutan kepadanya dengan memberitahu “Jangan beritahu Amyra ya”
Dalam pada itu, Amya turut berkongsi tip murah rezeki yang diamalkan selama ini kepada pengikut laman sosialnya.
“Kepada yang baca kapsyen ni jangan berhenti berusaha, berbakti pada ibu bapa, jangan sombong, jangan tinggal sedekah dan sentiasa taat perintahNya. Insya-Allah Dia permudahkan hidup kita dan lapangkan rezeki kita.
“Miskin kaya, Bahagia, sakit, berjaya itu semua ujian. Sentiasa bersyukur apa yang telah diatur oelh Yang Maha Esa,” kongsinya.
Amyra berkahwin dengan pada Amar 11 November 2016. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar