Hiburan

"Mungkin Terlalu Rindu, Sebab Itu Mereka Minta Saya Nyanyi Lagu Arwah" - Shafiq Farhain

Hanafis Haris
22/04/2019
11:10 MYT
Sponsor Banner
"Mungkin Terlalu Rindu, Sebab Itu Mereka Minta Saya Nyanyi Lagu Arwah" - Shafiq Farhain
Penyanyi meningkat naik Syafiq Farhain, 25, tidak menolak kemungkinan peminat yang memintanya menyanyikan lagu Saleem adalah kerana merindukan suara lagenda itu.
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim, perkara itu sedikit sebanyak mengubat rindu peminat untuk mendengar lagu-lagu Saleem.
“Ramai kata suara saya hampir sama dengan arwah bapa, jadi mungkin ramai yang nak dengar saya nyanyi live. Saya tunaikan saja permintaan mereka.
“Arwah sendiri suka saya bawa lagu dia. Katanya, lebih bagus kalau saya bawa balik lagu dia, sekurang-kurangnya orang dengar semula lagunya," katanya.
Menurutnya, perkara itu sudah berlaku semenjak dia masih belum menandatangani kontrak untuk bergelar artis lagi.
"Jadi tiada istilah yang melarang saya menyanyikan lagu Saleem. Saya tak pernah dengar pun," katanya ketika ditemui di Anugerah MeleTOP Era, di Axiata Arena, semalam.
Terdahulu, balu kepada Saleem, Julia Bachok memberi amaran kepada pihak tertentu yang sewenang-wenangnya membuat duit menggunakan nama arwah suaminya.
Menerusi kenyataan di sebuat portal itu, Julia mahu pihak terbabit meminta izin daripadanya terlebih dulu jika ingin menyanyikan lagu Saleem.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar