Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Mural Penyu Bergasi 20 Meter Tarikan Baharu Pantai Tanjung Pelindung, Usaha Empat Pelukis Berkampung Lima Hari Berbaloi

Ainun 24/07/2024 | 18:55 MYT

Empat pelukis mural 'penyu gergasi' yang seakan terdampar di Pantai Tanjung Pelindung, Kuantan, Pahang tidak menyangka kemunculan haiwan itu menjadi daya tarikan baharu di pantai berkenaan.

Meraih perhatian orang ramai

Mural itu dikenali sebagai 'Project ZeroSix', yang diketuai oleh Amir Faruk, 34, Kamal Idris, 33, Azri Azahar, 35, dan Muhd Ikmal Manan, 29, itu mengambil tempoh selama lima hari untuk disiapkan.
"Pada awalnya, kami tidak menyangka mural ini mendapat perhatian sehingga tular di media sosial selepas ia siap sepenuhnya pada 16 Julai lalu.

"Namun, segala penat lelah itu berbaloi apabila mendapat liputan meluas tidak sampai sebulan hingga pantai Tanjung Pelindung kini menjadi destinasi pilihan pengunjung setiap hari, terutama pada waktu petang.

"Pengunjung bukan saja dari sekitar Kuantan, malah Terengganu dan Kelantan yang turut sama tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan 'penyu gergasi' ini dengan lebih dekat," kata Amir.

Dapat sokongan

Beliau berkata, sebenarnya idea asal daripada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Datuk Hamdan Hussin itu turut mendapat kerjasama dan sokongan Tourism Pahang.
Katanya, sokongan itu berjaya merealisasikan batu sepanjang 20 meter dan tinggi 10 meter itu digambarkan sebagai seekor penyu yang seakan terdampar.
"Kami difahamkan, Pantai Tanjung Pelindung ini antara destinasi persinggahan penyu sekitar tahun 1980 dan 1990an dalam kalangan penduduk sekitar.

"Dengan adanya penyu ini di sini, kami percaya ia akan menjadi daya tarikan pelancongan baharu di Kuantan.

“Namun, kami mengharapkan pengunjung dapat menjaga kebersihan iaitu tidak membuang sampah di pantai ini," katanya.

BERITA TRENDING: Tarik Minat Pelajar Ke Sekolah, Larrie Sumbang RM68,000 Cat Mural Baharu Di SMK Sungai Choh

BERITA TRENDING: Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam Pejabat Dicekup

BERITA TRENDING: Terlibat Kes Rasuah, Mantan Gabenor Check In Dengan Ramai Wanita: “Pakai Kod Rahsia…”

BERITA TRENDING: Nonny Nadirah Nafi Diri Memberontak - “Ada Nampak Saya Murung Ke Selama Ni? Lantaklah Apa Nak Cakap, Malas Ambil Peduli”

Terdahulu, tidak sampai tempoh sebulan di media sosial sejak minggu lalu, menyaksikan kemunculan 'penyu gergasi' berkenaan menjadi tarikan hingga dikunjungi orang ramai.
Rata-rata pengunjung memuji kreativiti pelukis mural yang dilihat berjaya mengubah batu yang terdapat di pantai itu menjadi seekor penyu gergasi, sekali gus menarik orang ramai berkunjung ke pantai itu.
Sumber: Berita Harian

#Penyu #Pelukis #Mural #Kuantan
;