Hiburan

“Murni Hatimu Dik” - Bersabar Dicakar Kucing Liar Hingga Kepala Berbalut, Kanak-Kanak Ini Terima Penghargaan Daripada...

Hanafis Haris
15/01/2021
02:20 MYT
Sponsor Banner
“Murni Hatimu Dik” - Bersabar Dicakar Kucing Liar Hingga Kepala Berbalut, Kanak-Kanak Ini Terima Penghargaan Daripada...
Gambar seorang kanak-kanak yang luka di bahagian muka akibat dicalar menarik perhatian netizen selepas menyedari ia merupakan perbuatan seekor kucing liar.

Beberapa keping gambar Muhammad Adam Harith Husyaz itu tular selepas dimuat naik oleh ibunya Norkamaliah Nordin menerusi satu posting di Facebook.

Menurut Norkamaliah, insiden yang menimpa anaknya yang berusia sembilan tahun itu berlaku pada Ahad lalu.

Menurutnya, ketika kejadian, anaknya sedang bermain dengan seekor anak kucing peliharaan di luar rumah.

"Ketika itu Adam didekati oleh seekor kucing liar.

“Adam pula mahu memberi makanan kepada kucing liar tu dan ketika itulah Adam dicakar dengan kucing jantan," katanya.

Norkamaliah berkata, kemungkinan kucing liar tersebut berasa terancam sebelum bertindak mencakar Adam yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu.

“Bila saya tengok muka Adam berdarah, saya yang berteriak dan automatik air mata saya mengalir, rasa nak pengsan.

“Tapi Adam hanya menangis sekejap, dia siap berpesan kat ayah dia jangan pukul kucing yang cakar dia sebab dia sayangkan kucing,” katanya.

Posted by Achik Lieya on Wednesday, January 13, 2021

Susulan kejadian tersebut, Adam kemudian telah menerima pujian daripada ramai netizen kerana masih bersabar biarpun mengalami kecederaan.

Malah, menerusi pemantauan Gempak, sebuah laman rasmi Persatuan Haiwan Malaysia turut memberi penghargaan kepada kanak-kanak itu.

“Kemurniaan jiwa, kecekalan hati dan kesantunan Adik Adam Harith terhadap kucing jalanan yang mencakar wajahnya mendapat perhatian dan penghargaan Animal Malaysia.

“Terima kasih Adik Adam Harith atas sifat terpuji memaafkan kucing jalanan yang mencakar muka Adik Adam Harith.

“Adik Adam Harith dicakar kucing jalanan ketika kerja memberi makan kucing jalanan. Dengan nada sayu menahan sakit Adik Adam Harith sempat berteriak mengingatkan bapanya jangan pukul kucing itu.

“Hatimu sungguh murni dan bersih Adik Adam Harith. Semoga kamu sentiasa dalam perlindungan tuhan.

“Terimalah saguhati tidak seberapa daripada Animal Malaysia sebagai usaha menghargai pengorbanan Adik Adam Harith,” kata pengendali akaun tersebut.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar