Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Murninya Hati, Lelaki Ini Beli Obike Terbuang Untuk Didermakan Kepada Kanak-Kanak Miskin

Hanafis Haris 24/06/2019 | 09:31 MYT
Masih ingat lagi basikal Obike?
Yup, perkhidmatan perkongsian basikal tanpa stesen yang musnah akibat vandalism yang dilakukan oleh segelintir masyarakat di Malaysia dan Singapura.
Namun lain pula kisahnya di Myanmar apabila pengangkutan ini dianggap sebagai 'sinar baru' buat kanak-kanak miskin.
Menerusi laporan Astro Awani, seorang pelabur teknologi, Mike Than Tun Win mengambil keputusan untuk membeli 10,000 buah basikal daripada syarikat oBike untuk dibaikpulih sebelum diserahkan secara percuma kepada golongan kanak-kanak miskin di sana.
Difahamkan, Than Tun Win mengambil tindakan itu bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak tersebut dengan harapan dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan akses pendidikan.
Harga sebuah basikal mencecah AS$35 (RM144), termasuk kos penghantaran serta pengedaran.
Tambah beliau lagi, basikal oBike mungkin tidak bernilai di Singapura, tetapi ia sangat berharga buat penduduk di negara yang hidup dalam kemiskinan.
Untuk makluman, oBike diperkenalkan pada tahun 2017 di Malaysia sebagai alternatif pengangkutan buat masyarakat untuk berbasikal jika tempat yang ingin dituju itu mengalami kesesakan lalu lintas.
Walau bagaimanapun, setahun kemudian perkhidmatan oBike itu gagal akibat daripada perbuatan masyarakat yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme ketika menggunakannya.
Sumber: Astro Awani
#Viral #Viral #Basikal #Obike
;