Laman Utama

Musim Panas Tapi Takda Aircond? Jangan Bimbang, Ini 5 Cara Elakkan Rumah Membahang! No. 4 & 5 Tu Paling Mudah Nak Cuba

Izwan Isa
19/05/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Musim Panas Tapi Takda Aircond? Jangan Bimbang, Ini 5 Cara Elakkan Rumah Membahang! No. 4 & 5 Tu Paling Mudah Nak Cuba
Sejak kebelakangan ini, keadaan cuaca di negara kita dirasakan semakin panas. Sehinggakan, bahang pada siang hari turut dirasakan sehingga waktu malam. Sudah pasti, hal ini sedikit sebanyak menyebabkan kita berasa kurang selesa dan segala aktiviti di luar perlu dihadkan.
Justeru, Gempak menyediakan beberapa tips yang mungkin boleh dicuba bagi merendahkan suhu dalam rumah, sekaligus memberikan kita ruang kediaman yang lebih selesa sepanjang hari!
1. Tutup tingkap dan langsir Apabila kita menutup tingkap dan menurunkan langsir ketika matahari mencanak pada titik tertinggi, ia akan menghalang udara panas daripada masuk ke dalam rumah. Hal ini akan menahan haba dan menghalang tingkap daripada berfungsi seperti rumah hijau.
2. Pantau pengudaraan Ramai yang menganggap udara lebih sejuk bakal masuk jika kita membuka tingkap bukan? Namun, ia sebenarnya menambahkan lagi kepanasan sedia ada dalam ruang rumah. Justeru, pilih waktu yang bersesuaian untuk membuka tingkap, selain membuka sedikit bahagian cermin untuk melepaskan udara masuk.
3. Pasang kipas siling Tahukah anda kipas siling yang berputar lawan arah jam mampu memberikan pengudaraan yang baik dalam rumah? Jadi, jika anda kurang berkemampuan untuk membeli dan menggunakan pendingin hawa, boleh cuba pasang kipas siling di rumah!
4. Letak mangkuk berisi air sekitar dalam rumah Mangkuk berisi air yang diletakkan dalam rumah boleh membantu menyejukkan bilik. Ia juga berfungsi sebagai mangkuk air minuman jika anda memeliharan haiwan kesayangan di rumah.
5. Gantung cadar atau tuala basah di tingkat yang terbuka Mungkin kedengaran aneh, tapi cara ini agak mudah untuk dicuba. Gantung cadar atau tuala basa di tingkap yang terbuka. Cara ini akan membantu mendinginkan suhu angin yang melalui bukaan tingkap ke dalam rumah.
Sumber: Kompas Kredit foto: Daniil Onischenko (Unsplash)
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar