Laman Utama

Musnah Harapan Peminat, Konsert Noah Tak Ada BCL - “Kami Sampai, Dia…”

Asyikin Mayudin
11/11/2022
12:55 MYT
Sponsor Banner
Musnah Harapan Peminat, Konsert Noah Tak Ada BCL - “Kami Sampai, Dia…”
Harapan peminat untuk melihat duet antara vokalis kumpulan Noah dengan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari di konsert Noah Zepp Kuala Lumpur pada malam esok tidak kesampaian.
Tiada perancangan untuk kolaborasi bersama, Ariel berkata dia dan ahli kumpulannya tidak sempat bertemu dengan BCL di Kuala Lumpur kerana penyanyi wanita itu sudah pulang ke Indonesia sebaik saja mereka tiba di sini.
Tambah Ariel lagi, konsert yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada malam esok itu sememangnya khas untuk peminat mereka yang sudah lama menantikan persembahan Noah.
“Tak bertemu pun (BCL), kami sampai… dia pulang (ke Indonesia). Belum ada perancangan untuk berkolaborasi bersama, sebabnya konsert esok memang hanya untuk peminat Noah.
“Kami pun sudah lama tak bertemu dengan peminat, jadi esok adalah hari untuk peminat Noah,” kata Ariel kepada Gempak.
Ariel, dua lagi ahli kumpulannya iaitu David dan Lukman ditemui ketika majlis eksklusif Hi Tea YOLO di Hotel Grand Hyat, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Sementara itu, Ariel turut meluahkan hasrat untuk Noah berkolaborasi dengan penyanyi Malaysia di konsert pada tahun hadapan.
“Kalau ada untuk kolaborasi pun, mungkin pada konsert tahun hadapan. Itu pun kami berhasrat untuk kolaborasi dengan pemuzik (penyanyi) Malaysia dan ia masih difikirkan untuk tahun hadapan. Tapi belum ada terfikir mana-mana pemuzik,” ujarnya.
Konsert Noah akan menyaksikan 16 buah lagu antaranya Wanitaku dan Diatas Normal selain penganjur YOLO Malaysia juga menjanjikan pelbagai kejutan untuk peminat dan kumpulan tersebut.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar