Laman Utama

"My Muslim Sisters Yang Cannot Fast, Just Eat Infront Of Me... It's Not Rude" - Izara Aishah

Amri Hassan
26/04/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
"My Muslim Sisters Yang Cannot Fast, Just Eat Infront Of Me... It's Not Rude" - Izara Aishah
Pelakon jelita Izara Aishah punyai pandangan tersendiri terhadap isu individu 'uzur' yang makan di hadapan khalayak berpuasa.
Kisah yang hangat diperdebatkan di media sosial itu kata Izara tidak membuatkannya melabelkan individu yang diberi kelonggaran tidak berpuasa itu sebagai tindakan biadab.
"Kepada rakan bukan beragama Islam dan wanita muslim yang tidak boleh berpuasa, tolonglah makan sahaja depan saya ia bukan satu tindakan yang biadab," ciapnya di Twitter.
Malah, kata Izara budaya yang menjadikan situasi sukar dalam masyarakat.
"Islam ini tak susah, budaya yang menjadikannya sukar dan saya tidak mempraktikkan budaya sedemikian," tambahnya.
Namun, ciapan Izara itu mendapat bantahan segelintir pengguna yang menyatakan tindakan makan di depan orang lain biarpun ketika diri sedang 'uzur' dianggap mempersendakan agama.
"Kalau cuti pun tak boleh makan depan orang. Dah masuk dalam bab mempersendakan agama, semua dah belajar dekat sekolah dulu takkan lupa kot. Hukum mempersendakan agama ni dosa besar, pandai-pandailah fikir," ciap seorang pengguna.
"Kalau dia makan niat nak menunjuk bagi kita rasa lapar itu berdosalah. Kalau dia betul-betul nak makan dan lapar tak apa lah itukan lebih afdal makan tempat yang tiada orang," tambah individu lain.
"Yang tak boleh puasa digalakkan makan di tempat tertutup untuk mengelakkan fitnah. Yang puasa tak payah sibuk-sibuk ke kafeteria, ruang makan pejabat dan seumpamanya," tegur pengguna lain.
"Budaya? Ia hukum fiqah madam. Ya, makanlah jika memang itu keuzuran. Yang dibahas bila diri tiada rasa hormat dan malu sempena bulan Ramadan. Janganlah cakap satu benda yang terang kita semua sebagai Islam kena patuh," tambah pengguna lain pula.
"Saya faham apa awak cakap. Yang salahnya dah tak puasa lepas tu pergi kecoh. Senyap-senyap sudahlah. Kita pun faham nak makan," kata individu lain pula.
Pun begitu, ada yang berpendapat ciapan Izara itu hanya merujuk kepada pandangan peribadinya.
"Korang triggered ni kenapa dia kata 'in front of me' bukan depan orang ramai," kata seorang pengguna lain mempertahankan Izara.
Baru-baru ini tular sepotong video dari TikTok memaparkan aksi seorang wanita bertudung sedang makan di sebuah restoran. Aksinya itu telah dirakamkan secara senyap-senyap oleh pengguna lain dan disebarkan di media sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar