Laman Utama

MYAirline Mohon Maaf, Harap Mereka Yang Terjejas Bersabar

Gempak
15/10/2023
02:00 MYT
Sponsor Banner
MYAirline Mohon Maaf, Harap Mereka Yang Terjejas Bersabar
Syarikat penerbangan tambang mudah MyAirline Sdn Bhd (MYAirline) memohon maaf kepada penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi syarikat itu.
Menurut Eksekutif Interim MyAirline, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, syarikat itu kini dalam proses mempercepatkan proses bayaran balik wang dan berharap kesemua penumpang bersabar.
"Kami juga sedang dalam usaha mewujudkan talian 'hotline' bagi membantu penumpang kami yang terjejas dengan lebih baik dan memudahkan proses bayaran balik.
“Mereka (penumpang) digalakkan untuk menyediakan nombor tempahan mereka (PNR) dan e-melkannya kepada kami di [email protected]," jelasnya.
Azharuddin berkata kesemua pekerja MyAirline masih dalam penggajian penuh dan tiada pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji.
Menyentuh mengenai perkongsian strategik, Azharuddin berkata beberapa pihak telah pun menunjukkan minat terhadap MyAirline dan syarikat kini sedang menilai cadangan tersebut
"Kami akan terus menyediakan maklumat terkini kepada penumpang yang kami hargai dan juga pihak berkepentingan lain," katanya.
BERNAMA
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024