#MyHero: “Saya Faham Apa Yang Dialami…”- Mahu Beri Sumbangan, Lelaki Ini Minta Cari Posmen Yang Mendakwa Dirinya Tidak Diberi Bonus Hari Raya
Awal minggu ini, tular mengenai seorang seorang penghantar barang yang sedih selepas mendkawa dia tidak diberi bonus Hari Raya.
BACA: #MyHero: Isu Dakwaan Posmen Tak Dapat Bonus, Cikgu Ini Cadang Setiap Rumah Hulur…
Rentetan daripada itu, seorang pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Steven Mak meyatakan hasratnya untuk mencari penghantar barang atau posmen itu untuk diberikan bantuan
Steven meminta bantuan warganet untuk mencari posmen tersebut.
”Tolong saya untuk ‘retweet’ dan mencari rider ini. Saya akan membantunya jika Pos Malaysia tidak berbuat demikian. Terima kasih dan selamat bersahur,” kataya.
Lelaki itu turut meminta sesiapa yang mendapat maklumat mengenai pemuda itu untuk menghubunginya secara peribadi dan tidak mendedahkannya secara umum.
Apa yang membuatkan Steven mahu membantu posmen tersebut adalah kerana menurutnya dia cukup memahami bagaimana perasaan lelaki tersebut yang hidup dalam kesempitan dan perkara tersebut jelas mengganggunya.
Bagaimanapun, selepas 24 jam entri itu dimuat naik Steven memberitahu dia masih belum menjumpai posmen tersebut dan menghargai usaha mereka yang terus membantunya dalam pencarian tersebut.
Perkongsian yang mendapat 1.2k ‘likes’ dan 2.1k ‘retweets’ itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang memuji usaha Steven.
Apa yang pasti, sikap prihatin lelaki itu terhadap posmen yang banyak berkorban dalam melaksanakan tugas mereka sesuatu yang wajar dipuji.