Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

#MyHero: Selamatkan Jurutera Rusia, Polis Temerloh Dapat Penghargaan Dari Kedutaan Luar Negara

Amri Hassan 18/04/2020 | 10:03 MYT
Kedutaan Rusia menyampaikan surat penghargaan kepada polis Temerloh, Pahang yang menyelamatkan seorang pelancong asing dari Moscow yang terkandas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menerusi surat penghargaan itu, kedutaan terbabit merakamkan ucapan terima kasih atas usaha membantu lelaki yang dikenali sebagai Maxim Lapin itu.
"Kedutaan Rusia merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menyampaikan 'Surat Penghargaan' kepada seluruh warga IPD Temerloh atas segala khidmat bakti dan pengorbanan.
"Penghargaan ini diberikan atas usaha membantu Mr. Maxim Lapin yang terkandas di Daerah Temerloh sewaktu negara Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.
"Dikesempatan ini juga Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Yusri Bin Othman mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat dan turut membantu dalam usaha ini," maklum wakil polis Temerloh menerusi Facebook rasmi mereka.
Tular di media sosial baru-baru ini seorang lelaki warga asing yang memegang sekeping kadbod bertulis 'I can't go home and have no money. I need food' di luar sebuah restoran makanan segera.
Anda memang hero! Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frotliner yang bertugas.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
;