Berita
#MyHero: “Sorry Saya Tak Pandai Order, Tak Pernah Minum Sebab Mahal”- Tawar Diri Hendak Belanja, Tapi Gadis Ini Sebak Dengan Jawapan ‘Runner’
Perkhidmatan penghantar barang dan makanan atau ‘runner’ semakin menjadi popular dan diperlukan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, malah mereka tidak menang tangan menjalankan tanggungjawab itu.
Namun ramai yang mula menghargai tugas mereka dan terbaharu seorang gadis berkongsi pengalamannya yang cuba untuk menghargai pekerja yang dipanggil ‘runner’ atau ‘rider’ ini.
Menerusi akaun Twitter miliknya gadis ini pada mulanya hanya ingin bersedekah dengan niat untuk belanja ‘runner’ yang menghantar makanannya tetapi jawapan yang diberikan ‘runner’ tersebut mengundang sebak.
Entri tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian ramai dengan menerima 20,600 retweet dan hampir 30,000 likes. Rata-rata simpati dan sebak dengan kisah yang dikongsikan.Sumpah mata aku masuk habuk?Tadi order dekat runner kfc ja pastu alang alang ada tealive orderkan la sekali. Pastu saja nak order extra sebab nak belanja dia satu. Cakap kat dia “order la apa apa yang awak nak akak byrkan” Sekali dia reply......— اماني (@faridaamani_) May 17, 2020
Apa yang pasti, sikap prihatin gadis itu terhadap ‘runner’ yang banyak berkorban dalam melaksanakan tugas mereka sesuatu yang wajar dipuji.
Anda adalah hero!
Bagi pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video