Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nabil Ahmad Habiskan 10 Malam Terakhir Ramadan di Tanah Suci - “Setiap Tahun Ketagih Nak Dapat Rasa…”

Asyikin Mayudin 11/04/2023 | 03:50 MYT
Bersyukur masih berpeluang menyambut bulan puasa, pengacara Nabil Ahmad memberitahu dia akan menunaikan umrah sepanjang 10 malam terakhir Ramadan.

Mahu berehat dan mencari ketenangan, Nabil berkata dia akan bertolak ke Tanah Suci, Makkah bersama isterinya iaitu Nazirah Ayub pada 12 April ini.

“Saya rasa bersyukur sangat sebab dapat bertemu sekali lagi dalam bulan Ramadan. Sebab itu saya selesaikan segala shooting sebelum puasa.

“Sepanjang puasa ini saya nak berehat dan tenang. Insya-Allah, 10 malam terakhir saya akan menunaikan umrah sekali lagi. Saya akan bertolak ke Tanah Suci pada hari esok.

“Tapi saya akan pergi bersama isteri sahaja. Anak-anak tinggal di rumah sebab masih bersekolah,” katanya kepada Gempak.

Menurut Nabil, dia sememangnya akan mengambil peluang untuk menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan sejak 2015 lagi.

“Ikutkan saya dari 2015, setiap 10 malam akhir bulan Ramadan akan tunai umrah… Alhamdulillah. Cuma tak dapat masa PKP saja. Tahun lepas saya dapat tunai umrah.

“Tapi tahun lepas saya beraya atas kapal terbang sebabkan raya mengejut. Pertama kali saya dapat pergi umrah pun pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Lain macam perasaan, seronok, ketenangan… walaupun berkumpul berjuta-juta orang dalam masjid itu. Jadi, setiap tahun ketagih nak dapat rasa benda itu balik.

“Bagi saya, bukan saja dapat buat umrah tapi sama seperti nak ‘healing’ juga la,” ujarnya.

#Nabil Ahmad #Ramadan #Umrah #Nabil #Isteri Nabil #Nabil Ramadan #Nabil umrah
;