Hiburan
Nabil Ahmad Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak Bertemakan Toy Story
Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad, 33, dilihat telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran kedua-dua anaknya Naera Mikayla dan Leyla Medyna, di akaun Instagram (IG) miliknya.
Sambutan ulang tahun tersebut bertemakan filem animasi Toy Story, di mana kebanyakan tetamu yang hadir turut mengenakan pakaian seperti karakter didalam filem animasi tersebut.
Foto Nabil sekeluarga meraikan ulang tahun itu mendapat pujian peminat kerana mereka beranggapan bahawa dia merupakan seorang ayah yang baik kerana tetap meluangkan masa bersama keluarga meskipun jadual kerjayanya kini agak padat.
Para peminat juga mendoakan agar kebahagian yang dimilik oleh keluarga Nabil ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Mereka juga memuji kecomelan pakaian yang di pakai oleh anak Nabil iaitu Naera Mikayla dan Leyla Medyna.
Menerusi (hashtag) #naeramikaylaturn4 #leylamedynaturns1, pelbagai gambar menarik telah dikongsi oleh tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu.
Majlis tersebut turut di hadiri oleh rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat Nabil serta isteri.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:
A photo posted by Nabilzira (@nabilzira) on
A photo posted by RSVP KL Event & Styling (@rsvp_kl) on
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video