Laman Utama
Nabila Huda Tak Setuju Konsert Artis Antarabangsa Dibatalkan - "Banyak Benda Yang Perlu Diberi Perhatian Untuk Negara"
Pelakon popular Nabila Huda menjelaskan dia tidak bersetuju apabila ada sesetengah pihak yang mendesak agar pihak kerajaan membatalkan semua konsert yang akan diadakan oleh artis antarabangsa di Malaysia.
Menerusi satu ciapan terbaharu di laman Twitter, Nabila berpendapat bahawa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh pihak tersebut adalah sebagai tidak matang.
Malah Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Huda Suhaimi memberitahu masih terdapat banyak isu utama negara yang lebih penting perlu diberi perhatian berbanding isu penganjuran konsert.
“Kena batal konsert antarabangsa kalau tidak nak protes? Seriously? Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kita, itu (konsert antarabangsa) yang diberi… tak matang nya,” tulis Nabila.
Kena batal international concert kalau tidak nak protes? Seriously? Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kite,itu yang diberi perhatian..Immature nya..??♀️— Nabila Huda (@abilsuhaimi) August 26, 2022
Dalam pada itu, menerusi satu ciapan lain, anak kepada penyanyi rock negara, Datuk Amy Search itu turut mempersoalkan mengenai dakwaan konsert antarabangsa yang dikatakan penyebab budaya ‘hedonisme’.
“Konsert antarbangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme? Oh come on…” kongsinya.
Konsert antarabangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme? Oh come on....??♀️— Nabila Huda (@abilsuhaimi) August 26, 2022
Terdahulu, media tempatan melaporkan Pemuda PAS Malaysia telah membuat kenyataan media di laman Facebook, mendesak agar pihak kerajaan membatalkan semua konsert-konsert yang membawa budaya hedonisme yang akan diadakan oleh artis antarabangsa di Malaysia.
Menurut Dewan Pustaka Dan Budaya, hedonisme membawa maksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup semata-mata tanpa memikirkan soal agama.
Must-Watch Video