Laman Utama
Nabila Razali Dapat Rakam Video & Siap Bawa Bantal Dinosaur Di PPV, Netizen Tak Puas Hati - "Kenapa Pula Bawa? Apa Faedah Eh?"
Selepas pelakon Fasha Sandha dipersoal netizen ekoran dibenarkan merakam ketika menerima suntikan vaksin, kini giliran pelakon dan penyanyi Nabila Razali, 29, pula.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nabila telah menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Universiti Malaya (UM), semalam.
"Alhamdulillah.. Bella bersama Baby Joong-Ki dah pun selesai dapatkan dos pertama vaksin Covid-19 di Universiti Malaya tadi.
"Kejap saja proses dia. Tak sakit pun. Semua staf frontliner baik-baik. Terima kasih banyak-banyak korang!" tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, ada segelintir warganet yang tidak berpuas hati apabila dirinya tidak mendapat layanan sama seperti pelantun lagu Pematah Hati.
"@nurshamirafadzil: Mana aci (adil) kita pun dekat UM semalam tak boleh ambik video macam ni.
"@ellanaddrybeaute: Argh ni yang geram ni. Kita cucuk kat UM juga tapi katanya tak boleh ambik video masa cucuk. Kecewanya masa tu.
"@pu3balqiss: Kalau artis boleh pula rakam ya. Kami siap kena sound lagi. Petugas kesihatan pun pilih kasih.
Tak cukup dengan isu terbabit, tindakan pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati membawa bantal berbentuk dinosaur bersama turut menjadi pertikaian.
"Kenapa perlu bawa benda alah (bantal) tu? Bantal tu saja berapa banyak virus boleh melekat. Apa faedah eh? Tak pasal-pasal nanti ramai pula bawa bantal," tulis salah seorang pengikut.