Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nabila Razali Suntik Dos Kedua Vaksin, Ramai Tanya Mana Patung Dinosaur? - “Kenapa Tak Bawa Baby Joong Ki?”

Azwa Rahman 25/08/2021 | 09:50 MYT
Penyanyi Nabila Razali mencuri perhatian ramai apabila selesai mengambil suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) pada Selasa.
Menerusi laman sosial Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella berkongsi momen lengkap dua dos itu untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah, I'm fully vaccinated! Dating jom,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

A post shared by ? (@nabila.razali)

Namun apa yang membuatkan ramai tertanya-tanya adalah kali ini Nabila tidak membawa patung dinosaur seperti yang dilakukan ketika mengambil suntikan dos pertama.
Terdahulu, patung dinosaur yang diberi nama baby Joong-Ki itu menjadi bahan kecaman wargamaya apabila beranggapan Bella bersikap mengada-ngada membawanya sebagai peneman di PPV.
Kenapa tak bawa baby Joongki? Hehe,” tanya seorang wargamaya.
Eh jap, baby Joongki mana kak?” kata seorang wargamaya.
Mana baby Joongki?” komen seorang wargamaya.
Kawan baik yang haritu tak ikut ke?” ujar seorang wargamaya.
“Tak bawa anak patung besar ke?” tulis seorang wargamaya.
Eh tak bawak toy ke Bella?”tanya seorang wargamaya lagi.
Nama Joong-Ki diberikan pada patung dinosaur tersebut bersempena nama seorang pelakon popular dari Korea Selatan yang begitu diminati olehnya.
Dalam pada itu, Bella meluahkan rasa syukur apabila dirinya sudah lengkap dua dos suntikan vaksin dan memberikan penghargaan kepada semua warga PPV UM.
“Alhamdulillah finally saya sudah lengkap divaksinasi. Terima kasih kepada PPV UM untuk hospitaliti yang terbaik. Bella dos pertama kat sini, dos kedua kat sini, mereka semua sangat baik,” ujarnya.
Bella turut menyeru orang ramai yang belum lagi mendapat divaksin untuk menerima suntikan mereka dengan kadar segera.
“Korang semua yang belum vaksin go ahead dan cepat-cepat vaksin. Yang penting stay at home, stay safe. Walaupun dah vaksin, masih lagi pakai hand sanitizer dan sentiasa basuh tangan,” jelasnya lagi.
#Nabila Razali #Suntikan vaksin #Baby Joong-Ki #Patung dinosaur
;