Hiburan
Nad Zainal Anggap Hantar Anak Sekolah Kerajaan Lebih Jimat - “Yang Penting Ikut Kemampuan…”
Pelakon Nad Zainal menerusi akaun TikTok miliknya memberitahu dia menerima banyak soalan mengenai pemilihan sekolah anaknya.
Didikan & disiplin
Menganggap menghantar anak sekolah kerajaan lebih jimat, isteri kepada aktor Ungku Ismail ini juga berpendapat didikan dan disiplin juga terbentuk awal dari rumah bukan disebabkan pemilihan tempat belajar.
Menerusi perkongsian tersebut, Nad berkata sekolah kerajaan lebih jimat selain berasa yakin didikan dan disiplin anak-anak terbentuk dari rumah.
“Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta? Oh jawapannya mudah. Jimat dan saya yakin hantarlah mana sekolah pun, didikan dan disiplin awal dari rumah (ini tambah sikit dari Ungku Ismail),” katanya.
Pada perkongsian sama, Nad juga berkata pemilihan sekolah juga bergantung pada kemampuang masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel Sebagai Wajah ‘Awam’, Nad Zainal Bersyukur - “Sebab Muka Awam Kau Selalu Dapat….”
ARTIKEL BERKAITAN: “Mak Dia Small Size, Anak Fuh Sedap!” - Dynas Mokhtar Kongsi Wajah Anak Nad Zainal & Ungku Ismail?
ARTIKEL BERKAITAN: Ungku Ismail, Nad Zainal Sambut Kelahiran Anak Lelaki
“Yang penting ikut kemampuan dan ramai saja yang berjaya di luar sana ‘produk’ sekolah kerajaan,” ujarnya lagi.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat pelakon berusia 35 tahun itu dan menganggap ramai orang berjaya selepas tamat belajar di sekolah kerajaan.