Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nadhir Nassar Tak Risau MV Malampagi Diharamkan - "Itulah Realiti Sebenar"

Amri Hassan 03/10/2023 | 09:49 MYT
Pengarah video muzik, Malampagi, Nadhir Nasar tidak menganggap jalan cerita lagu nyanyian Saixse itu membawa ke arah kemaksiatan seperti yang tular di media sosial.
BACA SINI: Individu Dakwa Lagu Malampagi Ada Unsur Maksiat, Jijik - "Bagaimana Muslim Boleh Terlibat ..."
Nadhir, 26, mempertahankan karya arahannya itu dan menyifatkan tugasnya hanya menyampaikan realiti masyarakat ketika ini.
“Saya seorang yang berpegang pada prinsip dan prinsip saya dalam industri adalah untuk sampaikan mesej.
“Saya di sini bukan nak nak glamor atau mengejar pengikut di media sosial.
“Mungkin akan ada yang beranggapan video muzik itu keterlaluan tapi itulah realiti sebenar! Saya percaya masyarakat akan faham,” katanya kepada Gempak.
Ditanya apakah reaksinya jika hasil kerjanya itu diharamkan berikutan kontroversi itu, Nadhir berkata dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia di luar bidang kuasanya.
“Setiap orang ada cita rasa masing-masing. Lagipun mesej yang saya sampaikan jelas. Di penghujung kita tetap kembali kepada Tuhan.
“Saya juga sudah menjangka akan timbul isu tapi sebagai pengarah saya hanya paparkan realiti.
“Tapi tak bermakna saya seorang pengarah provokatif.
“Kalau nak haramkan terpulang kerana itu bukan bidang kuasa saya. Sebagai pengarah saya sudah lakukan tugas saya,” jelasnya.
Nadhir ditemui pada majlis tayangan dan sidang media drama Super Wira yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
Terdahulu seorang pengguna media sosial mendakwa lirik dan video muzik Malampagi berunsur lucah dan memberi pengaruh tidak baik terutama kepada generasi muda.
Dalam masa sama, individu terbabit turut mempersoalkan rasional lagu terbabit masih disiarkan meskipun membawa mesej negatif.
#Nadhir Nasar #Malampagi #Lirik Malampagi
;