Laman Utama
Nadia Annuar Bercerai Kali Kedua! - "Saya Kini Single Tapi Tak Available"
Pengacara, Nadia Annuar mengesahkan rumah tangga dibina selama lapan tahun bersama usahawan Hafiz Salleh sudah berakhir.
Tidak mendedahkan secara terperinci tarikh perpisahan, Nadia, 39, berkata, dia kini ingin memberikan fokus pada diri sendiri.
"Saya kini 'single' tapi tak 'available'. Buat masa ini, saya ingin berehat daripada bercinta atau mempunyai sebarang hubungan.
"Mummy pun suruh saya fokus pada diri sendiri dan buat apa yang saya inginkan termasuk fokus kepada anak-anak.
"Saya memiliki sepasang cahaya mata. Walaupun mereka tidak tinggal bersama atas sebab tertentu, tetapi saya cuba untuk sentiasa ada ketika anak-anak memerlukan," kata Nadia menerusi temu bual majalah wanita.
Menurut Nadia lagi, dia cuba untuk menjadi kuat di sebalik apa yang berlaku dengan menjalani kehidupan seperti biasa.
Selain itu, katanya, dia kini ingin memberikan fokus pada bidang pengacaraan dalam pelbagai bahasa.
"Saya ingin teroka kelebihan bercakap dalam pelbagai bahasa. Saya juga banyak buat 'job' pengacaraan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Thailand.
"Ia boleh memberikan kelebihan dan kelainan kerana saya tidak memerlukan juru alih bahasa, sekali gus membuatkan saya dekat dengan penonton," katanya.
Nadia mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dya Naylaa, 7.
Sebelum itu, Nadia pernah berkahwin bersama Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyasdi dan bercerai pada Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 14.