Berita

Nadia Aqilah Dedah Pernah Tak Keluar Rumah Akibat Suntikan Pemutihan Kulit

Syafiqah Jalal
19/10/2018
10:00 MYT
Sponsor Banner
Nadia Aqilah Dedah Pernah Tak Keluar Rumah Akibat Suntikan Pemutihan Kulit
Pelakon Nadia Aqilah akui pernah terjebak dengan suntikan pemutihan kulit segera daripada doktor yang tidak bertauliah.
Nadia berkata ketika bersetuju untuk melakukan pemutihan kulit itu dia akui terlalu ghairah untuk mendapatkan kulit putih gebu dan akhirnya menerima padah.
“Saya dipengaruhi oleh seseorang yang pada mulanya mahu menaja saya untuk melakukan suntikan putihkan kulit. Ketika itu saya tidak fikir panjang dan terus menerimanya.
“Selepas daripada itu saya semakin ghairah kerana melihat kesannya amat cepat iaitu dalam seminggu kulit saya berubah jadi putih gebu dan sangat cantik.
“Saya pun menjadi ketagih dan meneruskannya selama lebih setahun.
“Selepas lebih setahun saya berhenti dan tidak sangka kulit saya menjadi sangat kusam dan jadi dehydrated.
“Saya terpaksa tak keluar rumah kerana perlu memulihkan kulit saya kembali,” katanya kepada Gempak.
Nadia ditemui ketika pelancaran koleksi terbaru gelang tangan Pandora iaitu Pandora Reflexions , gaya era baru yang berlangsung di Hotel Element, baru-baru ini.
Mengulas mengenai kehadirannya ke majlis pelancaran aksesori jenama terkenal itu, Nadia akui dia merupakan penggemar koleksi Pandora sebelum ini.
“Saya memang minat Pandora dari dulu lagi dan saya ada beberapa koleksi charms gelang tangan itu sebelum ini.
“Saya suka kerana ia sangat comel dan kita boleh mengumpul charms pada gelang tangan mengikut kesukaan kita,” kongsinya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar